Click Here For English Edition | Saiz Halaman Terbaik Dengan 800 x 600 pixels |
Tekan Sini Untuk Edisi Bahasa Inggeris |
Halaman Ini Adalah Untuk Rakyat Malaysia Sahaja
Semua rakyat Malaysia patut berbangga dengan kejayaan Malaysia hari ini. Kecuali satu iaitu Pendidikan Moral dikira sebagai satu mata pelajaran wajib dalam Sukatan Pelajaran. Mata pelajaran ini diperkenalkan di sekolah sejak 1989 melalui Sukatan Pelajaran Moral tetapi ia kekal tidak berubah hingga hari ini. Anak-anak muda ini diberi Pendidikan Moral sejak dari Darjah 1 di sekolah bertujuan mendidik anak-anak muda ini supaya menjadi insan yang lebih bermoral kelak bersama dengan Falsafah Pendidikan iaitu "Berilmu Pengetahuan, Berakhlak Mulia dan Bertanggungjawab·" Ia adalah baik untuk memberi Pendidikan Moral kepada anak-anak muda di sekolah tetapi terdapat satu kesalahan serius yang tidak dititikberatkan iaitu Moral ialah satu amalan bukan satu teori di mana mereka mengadakan ujian, peperiksaan untuk mata pelajaran ini seperti mata pelajaran ini sangat penting, yang akan berguna dalam kehidupan masa depan. Bolehkah anda Cari Makan hanya mendapat "A" dalam mata pelajaran Moral sahaja? Atau memberitahu anak kamu bahawa memberi makanan kepada kucing lapar di tepi jalan dipanggil "Bertimbang Rasa" atau membantu orang buta melintas jalan yang sibuk dianggap "Baik Hati" dan beritahu dia supaya mengingatnya· Adakah anda akan berbuat demikian? Seperti yang saya katakan Moral ialah satu amalan, adakah anda akan menghafal 16 nilai Moral tersebut, bawa pengetahuan tersebut ke dalam bidang pengetahuan masa depan, majlis perkhawinan dan hingga ke kubur. Mengapa kita mesti menyusahkan lagi kehidupan kita, menjadi lebih tertekan apabila semua insan mempunyai pengetahuan Moral dalam batin mereka. Masalahnya ialah, adakah seseorang itu ingin menunjukkannya atau tidak. Kamu menganggap seorang kongsi gelap tidak bermoral. Mungkin Pendidikan Moral akan membantu dalam kehidupan tetapi adakah peperiksaan Moral membantu juga? Peperiksaan Moral ialah sesuatu yang mengarutkan. Dalam peperiksaan mereka akan mengemukan soalan seperti beriku :
Kamu seorang pengawas sekolah. Suatu hari, anda menangkap kawan karib anda terlewat ke sekolah. Apa yang akan anda lakukan? Beri pendapat anda.
Dengan jelasnya tertulis "Pendapat" saya tetapi pemeriksa akan menerima satu jawapan sahaja iaitu :
Anda seharusnya melaporkannya kepada guru disiplin dan membantu kawan anda menjelaskan kepada guru disiplin mengapa dia lewat ke sekolah.
Terdapat banyak lagi jawapan yang lebih baik tetapi pemeriksa cuma menerima satu. Oleh itu, apa gunanya mengambil peperiksaan seperti itu. Setiap tahun, Pendidikan Moral selalu menurunkan pencapaian pelajar bukan Islam dalam SPM mereka.
Walaupun Pendidikan Moral dikira sebagai satu mata pelajaran wajib ialah satu kesilapan tetapi ia masih boleh diajar di sekolah tetapi harus mengingat bahawa Moral ialah satu amalan bukan teori. Oleh itu, pihak berkenaan patut membubarkan peperiksaan Moral. Selain itu, kita dapat mendalamkan pengetahuan Moral melalui mata pelajaran lain, contohnya Sejarah. Ini akan membantu anak-anak muda yang malang mendalamkan pengetahuan Moral dengan kegembiraan buakn ketakutan untuk peperiksaan Moral esok.
Lawatlah Halaman Terbaru Kami & Memberi Cadangan Anda Dengan Kait Di Bawah :